Polis jumpa dadah dalam kereta, dua buruh ditahan di Terengganu

SEORANG buruh dan rakan wanitanya ditahan selepas penemuan dadah pelbagai jenis seberat 60.35 gram dalam kereta yang dinaiki mereka di Jalan Besar Kampung Nyor Paka, Terengganu semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata, sepasukan anggota polis yang melakukan operasi telah menahan sebuah kereta jenis Perodua Axia dinaiki pasangan itu di lokasi berkenaan pada pukul 3.10 petang.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut polis menemui dua paket plastik biru berisi pil berwarna merah dan hijau disyaki dadah jenis yaba seberat 59.56 gram.

“Turut ditemui satu paket plastik cerah berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.79 gram. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM4,553.90,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek lelaki berusia 39 tahun itu didapati positif methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya sejak 2010.

Sementara itu, Maizura berkata suspek wanita berusia 30 tahun yang juga bekerja sebagai buruh turut positif methamphetamine dengan beberapa rekod kesalahan dadah sejak tahun 2015.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki mengaku dadah yang dirampas adalah miliknya untuk tujuan pengedaran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan serta Seksyen 15(1)(a) akta sama, lapor Bernama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img