Jawatan Exco: Pas sifatkan pelawaan MB Perlis tidak wajar

PAS menyifatkan tindakan Menteri Besar Perlis, Mohd Abu Bakar Hamzah mempelawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyertai kerajaan negeri sebagai Exco tidak wajar.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia memandangkan Pas sudah menyatakan dengan jelas sebelum ini bahawa Exco tidak akan menjadi menjadi Exco.

“Saya rasa tindakan Menteri Besar Perlis membuat pengumuman secara terbuka itu kurang sesuai kerana Pas sudah membuat kenyataan bahawa kita tidak menyertai kerajaan.

“Apabila beliau menyatakan pelawaan kepada Pas dalam keadaan pendirian sudah jelas, ia seolah-olah menggambarkan usaha menarik wakil rakyat (Pas) secara peribadi untuk menyertai kerajaan,” katanya lapor Sinar Harian.

Ahmad Fadhli berkata, sebarang rundingan atau perbincangan berkaitan perkara itu sepatutnya dibuat secara tertutup melalui saluran kepimpinan tertinggi parti, termasuk berunding dengan Presiden Pas.

Menteri Besar Abu Bakar Hamzah

“Abu Bakar sepatutnya berjumpa Presiden Pas untuk berbincang, bukannya membuat kenyataan terbuka.

“Kalau mahu, Pas juga boleh membuat kenyataan terbuka mempelawa individu yang telah dipecat oleh Bersatu menyertai parti, tetapi kita tidak berbuat demikian,” ujarnya.

Mengulas kedudukan politik di Perlis, Ahmad Fadhli menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai 11 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) hanya satu kerusi, sekali gus menafikan keperluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setakat ini saya tidak nampak sebab untuk bubar DUN. Pas juga telah menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada dan tidak akan menggugat kestabilan politik.

“Kita tidak sama seperti sesetengah parti yang menggunakan akuan berkanun (SD) untuk menjatuhkan rakan sendiri,” katanya.

Menurut beliau, Pas akan terus menyokong kerajaan negeri demi kestabilan politik di Perlis, meskipun tidak menyertai pentadbiran sebagai anggota Exco.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img