Erdogan zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan Tun Mahathir

PRESIDEN  Turkiye Recep Tayyip Erdogan menzahirkan keprihatinan terhadap kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang dalam lawatan rasmi ke Turkiye berkata Erdogan bertanyakan perkembangan kesihatan Tun Mahathir dan beliau memberitahu apa yang telah disampaikan oleh doktor yang merawat perdana menteri keeempat dan ketujuh Malaysia itu .

Menurut Anwar, Erdogan turut menyampaikan salam serta doa agar Tun Mahathir dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan.

“Sekiranya keadaan Tun Dr Mahathir mengizinkan, beliau (Erdogan) berhasrat untuk menghubungi sendiri bagi bertanyakan khabar dan mendoakan kesejahteraan Tun,” katanya dalam sidang media sebelum berlepas pulang ke tanah air, lapor Bernama.

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye selama tiga hari sejak Selasa lepas atas jemputan Erdogan.

Lawatan itu sebahagian usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Tun Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya awal pagi tersebut dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.

Beliau dijangka berada di hospital itu untuk beberapa minggu bagi rawatan dan pemantauan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img