‘’Ini adalah protokol ditetapkan’’ – Anwar pertahan upacara letak kalungan bunga di makam Ataturk

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusannya meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Republik Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk, semasa lawatan rasmi beliau ke negara itu.

Gambar Anwar menghadiri upacara tersebut semalam mencetuskan perdebatan di media sosial, namun beliau menegaskan tindakan itu adalah sebahagian daripada protokol diplomatik dan perlu difahami dalam konteks sejarah serta budaya yang betul.

“Walaupun saya secara peribadi mungkin mempunyai pandangan berbeza terhadap beberapa pembaharuan yang dilaksanakan semasa kepimpinannya, termasuk dasar bahasa dan agama, perkara itu tidak menafikan peranannya,” kata Anwar pada sidang media di akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Turkiye.

“Perkara penting ialah sama ada kita bersetuju atau tidak, ini adalah protokol yang telah ditetapkan. Tidak kira parti mana yang memerintah Turkiye, inilah prosedurnya.

“Mana-mana kerajaan atau pemimpin Malaysia yang melakukan lawatan rasmi — sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Razak — juga perlu melaksanakan upacara ini.”

Walaupun Ataturk diraikan sebagai wira nasional yang berjaya mempertahankan Turkiye daripada campur tangan asing selepas Perang Dunia Pertama dan meletakkan asas kepada republik itu, beliau turut dikritik kerana menekan perbezaan pendapat dan memusatkan kuasa.

Ataturk juga dianggap tokoh kontroversi berikutan pembaharuan besar-besaran yang dilaksanakannya untuk mensekularkan dan memodenkan Turkiye. Beliau memansuhkan Khilafah Uthmaniyah, membubarkan mahkamah syariah dan menggantikan undang-undang Islam dengan kod sivil sekular.

Selain itu, beliau memperkenalkan penggunaan abjad Latin, mereformasi sistem pendidikan dan mengehadkan amalan serta simbol keagamaan Islam di ruang awam.

Lawatan Anwar ke Turkiye atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan merangkumi perbincangan peringkat tinggi mengenai perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi dan kerjasama strategik.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img