AKPS KLIA rampas benih tembikai bernilai lebih RM141,000

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas satu konsainan benih tembikai bernilai lebih RM141,000 yang disyaki mengemukakan maklumat mengelirukan dalam Permit Import Lembaga Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Menurut AKPS dalam satu kenyataan, rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ), KLIA Kargo, kira-kira jam 12 tengah hari pada 8 Januari lalu.

Kata kenyataan itu, pemeriksaan ke atas konsainan berkenaan mendapati komoditi produk pertanian yang diimport tidak selaras dengan butiran pengimportan yang dikemukakan dalam permit.

“Konsainan tersebut dipercayai diimport dari Taiwan oleh sebuah syarikat tempatan dan melibatkan benih tembikai seberat 49.50 kilogram dengan nilai anggaran keseluruhan RM141,143.15.

“Kesemua barangan berkenaan telah dirampas bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana disyaki mengemukakan maklumat mengelirukan berkaitan pengimportan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img