2 warga British berlabuh tanpa kebenaran antara ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah kapal layar dinaiki dua warga British di perairan negeri itu petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, sebuah kapal layar yang disyaki bersauh tanpa kebenaran telah ditahan selepas maklumat risikan diterima oleh Maritim Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pemeriksaan mendapati kapal layar tersebut mengibarkan bendera United Kingdom dan dikendalikan dua warga British berusia 48 dan 67 tahun, di mana salah seorang daripadanya merupakan nakhoda.

“Kapal layar itu disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia. Oleh demikian, mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dalam satu lagi tangkapan, pihaknya menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas C yang dikendalikan oleh tiga warga Thailand berusia antara 41 hingga 58 tahun pada 4 Januari lalu.

“Pemeriksaan mendapati vesel berkenaan menjalankan aktiviti perikanan dalam jarak kurang daripada 15 batu nautika, sekali gus melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen vesel nelayan tempatan kelas C,” ujarnya.

Selain itu, katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 selepas seorang nelayan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Semua nelayan dan vesel yang terlibat telah ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau memberitahu, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang maritim, khususnya berkaitan aktiviti perikanan, demi melindungi keselamatan perairan serta kelestarian sumber marin negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img