Polis rujuk dua beranak mengamuk pegang parang ke HTAR

DUA beranak lelaki yang mengamuk di sebuah flat di Klang pada Rabu lepas dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki ketika ingin mengambil adik perempuannya di flat itu pada jam 7.50 malam.

“Bapa serta teman lelaki kepada adik perempuannya itu difahamkan tiba-tiba mengamuk semasa mengadakan perbincangan sebelum kedua-dua mereka yang berusia 46 dan 20 tahun berjaya ditenangkan polis.

“Semakan lanjut mendapati dua beranak itu mempunyai masalah kesihatan mental dan dihantar ke HTAR untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, dalam kejadian itu tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Sebelum ini tular video berdurasi dua minit 15 saat memaparkan seorang lelaki memegang sebilah parang menghalang orang ramai masuk ke rumahnya di sebuah flat di Pandamaran, Klang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img