Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas di Pantai Tanjung Pahang

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan  lemas dipercayai ketika mandi di Pantai Tanjung Pahang, Kuala Rompin, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.

“Mangsa telah ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan cuba diberikan bantuan pernafasan,” kata jurucakap itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, kanak-kanak terbabit bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 6.45 petang.

Operasi melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin dengan kekuatan masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img