Dua kanak-kanak nyaris lemas dalam kolam hotel

DUA kanak-kanak berusia tujuh tahun nyaris lemas dalam kolam renang sebuah hotel di Bayan Lepas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Waris mangsa membuat laporan mengenai kejadian di Balai Polis Queensbay. Kes membabitkan dua kanak-kanak itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Sementara itu, waris kepada seorang kanak-kanak itu ketika ditemui enggan mengulas lanjut dan meminta ruang untuk mereka bertenang.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki dan perempuan itu adalah bersaudara dan mengikut keluarga masing-masing dari Kedah untuk bercuti di Pulau Pinang sejak semalam.

Kedua-duanya dikatakan mandi di kolam hotel berkenaan pada jam 8 pagi, sebelum kejadian berlaku dan mereka dibawa ke hospital swasta terdekat untuk rawatan awal, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kanak-kanak lelaki difahamkan berada dalam keadaan stabil, namun sepupunya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img