Pejalan kaki tanpa identiti maut dirempuh kereta

SEORANG pejalan kaki yang tidak dikenal pasti identiti maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 9.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), di Shah Alam malam tadi.

Kemalangan berlaku jam 11.15 malam melibatkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan dan mangsa iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kemalangan dikatakan berpunca daripada pejalan kaki yang tiba-tiba melintas jalan dan berada di tengah-tengah lorong kedua paling kanan selepas susur Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah dari Klang ke Damansara, sebelum dilanggar kereta yang bergerak terus di laluan tersebut.

“Kemalangan itu mengakibatkan pejalan kaki terbabit maut di tempat kejadian. Punca kematian adalah head injury due to motor vehicle accident,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay memberitahu, usaha mengesan identiti si mati masih dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman menerusi talian 019-775 7354.

Terdahulu, tular satu rakaman video papan pemuka berdurasi 20 saat dalam media sosial yang memaparkan seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan di lebuh raya terbabit.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img