‘’Kalau nak minta kawan beri hormat, kenalah hormat juga kawan. Simple.’’- Ketua Pemuda Pas

HUBUNGAN dingin antara Bersatu dan Pas semakin ketara apabila hari ini Dewan Pemuda Pas membidas pemimpin yang mahukan parti itu menghormati ketetapan parti-parti komponen mengenai pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

‘’Nak tanya sikit.  Masa kamu umumkan pemimpin parti kamu sebagai calon tunggal untuk jadi PM, ada kamu hormat ketetapan parti-parti rakan? Umum pulak di depan batang hidung kawan dalam majlis yang kamu jemput kawan datang jadi tetamu. Waktu itu ada kamu hormat kawan?,’’ kata Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Walaupun Ahli Parlimen Alor Setar itu dalam Facebooknya tidak menyebut siapa ditujukan kenyataan itu namun ia dipercayai merujuk kepada Muhammad Hilman Idham,

Muhammad Hilman  sebelum ini meminta supaya semua parti komponen perlu diberikan ruang sebagai menjawab seruan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya dipanggil segera mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN.

Afnan Hamimi seterusnya bertanya, ‘’Masa orang parti kamu sign SD di Perlis baru-baru ni, menjatuhkan MB dari parti rakan, mengkhianati kawan, ada kamu hormati pendirian dan ketetapan parti rakan?

‘’Kena kat kawan tak apa, tak perlu hormat. Bila kena kat diri sendiri, baru desak supaya kawan hormat diri kita. Betulkah begitu? Brother. Kalau nak minta kawan beri hormat, kenalah hormat juga kawan. Simple.’’.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img