Polis sahkan satu maut, 9 lagi parah dalam nahas 3 kenderaan di Lebuhraya PLUS pagi ini

POLIS mengesahkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Rawang awal pagi ini mengakibatkan seorang maut dan sembilan lagi parah.

Nahas yang dipercayai berlaku jam 5.45 pagi itu juga menurut polis membabitkan masing-masing sebuah bas ekspres, lori bonded dan motosikal.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, bas ekspres sedang bergerak di lorong kanan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan ia melintang di tengah lebuh raya.

Menurutnya, sebuah lori bonded dan motosikal dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri bas terbabit.

“Susulan itu, seorang penumpang bas disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Pemandu lori, penunggang motosikal dan tujuh penumpang bas lain mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di hospital sama,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, pemandu bas itu dilaporkan tidak cedera dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi atau orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-331 1552 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126 2222.

Media hari ini melaporkan sebuah bas ekspres membawa 40 penumpang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan tiga tan mengakibatkan 15 cedera termasuk tiga parah di Kilometer 441.2 PLUS arah selatan, antara Sungai Buaya dan Rawang awal pagi ini.

Kesemua mangsa cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh, dengan lapan daripadanya dirawat di zon hijau, empat di zon kuning dan tiga di zon merah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img