Empat cedera kemalangan dua kenderaan di Laluan Gerik-Jeli

EMPAT cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah Toyota Vios selepas Banjaran Titiwangsa di Laluan Gerik-Jeli menghala ke Jeli, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 12.01 tengah hari sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 48 kilometer.

ORANG awam dan anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Laluan Gerik-Jeli selepas Banjaran Titiwangsa tengah hari tadi. GAMBAR: JBPM Jeli

“Sebaik sahaja tiba di lokasi pada jam 12.52 tengah hari, komander operasi melakukan penilaian awal dan mengesahkan kemalangan melibatkan dua kenderaan dengan empat mangsa terlibat.

“Seorang mangsa didapati tersepit di bahagian hadapan sebelah pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba manakala tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Menurut Azhar Elmi, mangsa yang terlibat adalah dua orang dalam Toyota Vios iaitu lelaki dan wanita berusia 43 dan 42 tahun manakala dua orang dalam Toyota Hilux iaitu lelaki berusia 28 tahun dan seorang lagi belum diperolehi maklumat.

Beliau berkata, kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan BBP Jeli dan BBP Gerik.

“Operasi ditamatkan pada jam 1.48 petang dengan kekuatan keseluruhan 17 anggota melibatkan BBP Jeli, BBP Gerik serta enam anggota Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img