ASP ditahan reman disyaki minta,terima suapan RM27,000 di Georgetown

SEORANG pegawai polis berpangkat ASP ditahan reman kerana disyaki meminta serta menerima suapan kira-kira RM27,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap dua pemilik syarikat melakukan kesalahan seperti pusat hiburan, pusat urut dan judi haram.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengeluarkan perintah reman sehingga 16 Jan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan pada 10.40 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan itu dari 2016 hingga 2021 dengan menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,000 setiap bulan.

“Suspek disyaki menerima wang itu melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun pihak ketiga daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan pemilik syarikat perkhidmatan kesihatan manusia,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img