Pukul anak guna topi keledar, bapa mengaku tidak bersalah

SEORANG bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jasin, Melaka atas tuduhan mencederakan anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan memukul mangsa dengan topi keledar pada Disember lalu.

Tertuduh, K Regunathan, 46, yang bekerja sebagai pemotong sawit membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, Regunathan didakwa memukul anak perempuannya dengan topi keledar hingga cedera di ruang tamu sebuah rumah di Taman Ayer Merbau pada jam 2 pagi, 13 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A yang boleh hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Yusri, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mazana kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dan menetapkan 4 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img