Briged Utara PGA rampas minuman herba tradisional lebih RM1 juta tanpa kelulusan di Baling

BRIGED Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah premis memproses minuman berasaskan akar kayu dan ramuan tradisional tanpa kelulusan selain merampas pelbagai peralatan, mesin dan minuman bernilai lebih RM1 juta di Baling, Kedah semalam.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, operasi dijalankan menerusi Operasi Intra Agensi (Operasi Taring Dosej) oleh Cawangan Risik Batalion 2 PGA, dengan bantuan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman serta pegawai Majlis Daerah Baling (MDB), Pejabat Kesihatan Daerah dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kedah.

SENIOR Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh

Menurut beliau, premis berkenaan memproses minuman herba tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan lesen MDB.

SEBAHAGIAN daripada mesin memproses minuman herba berasaskan akar kayu dan ramuan tradisional tanpa kelulusan yang dirampas dalam serbuan di Baling, Kedah, semalam. GAMBAR: Briged Utara PGA

“Pemeriksaan turut menemukan mesin pemproses dan pembungkus minuman herba, pelbagai akar kayu dan bahan ramuan, termasuk minuman siap edaran, dengan jumlah rampasan dianggarkan RM1,028,080,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Balveer Singh, dalam serbuan itu, seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 30 dan 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan kerana terlibat dalam kegiatan penghasilan produk berkenaan.

Kata beliau, kes ini disiasat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Seksyen 17(1) Akta Makanan 1983.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img