Kehilangan seorang wanita terjawab, mayat ditemukan dikerat 65 bahagian

KEHILANGAN seorang wanita dari Lamongan Jawa Timur terjawab apabila dia ditemukan mati dibunuh dengan kejam apabila mayatnya dikerat 65 bahagian di dalams semak di Pacet, Mojokerto, Jawa Timur, semalam.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Mojokerto, Asisten Komisioner Polis (AKP) Fauzy Pratama berkata, keluarga wanita itu memaklumkan mereka bimbang apabila mangsa sudah lama tidak balik ke rumah.

Mangsa yang dinamakan sebagai TAS,25 adalah penduduk Kampung Made, Lamongan dan merupakan rgraduan Jabatan Pengurusan Universiti Trunojoyo, Lamongan pada 12 Ogos 2000.

‘’ Selepas mayat ditemukan kami telah mengunjungi keluarga mangsa dan diberitahu mangsa jarak berkomunikasi dengan keluarganya disebabkan konflik keluarga,’’ katanya.

Menurut Fauzy, ibu mangsa telah cuba menghubungi anaknya itu selepas berasa ada sesuatu berlaku.

Polis yang menerima laporan daripada seorang pemotong rumput berhubung penemuan mayat itu telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menemukan 65 potongan tubuh manusia iaitu tisu otot, lemak, kulit kepala, dan rambut.

Ukuran rata-rata potongan tubuh itu ialah 17×17 sentimeter manakala dua potongan lainnya berupa telapak kaki kiri dan pergelangan tangan kanan.

Berikutan hasil siasatan yang menunjukkan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di semak tersebut polis daerah Mojokerto melakukan ke sebuah rumah di Lakarsantri, Surabaya.

Polis merampas sejumlah barang bukti berkaitan itu. Bau busuk terus terhidu apabila pintu rumah tersebut dibuka manakala di lantai terdapat percikan darah kering.

Mereka turut melakukan siasatan di sebuah bilik yang dijadikan tempat untuk memotong mayat mangsa menggunakan sayur. Turut ditemukan tulang-tulang yang dibuang di belakang rumah.

Ketua Unit Bergerak Polis Daerah Mojokerto berkat, Ipda Skron berkata, suspek yang merupakan teman lelaki yang bekerja sebagai penunggang membunuh mangsa dengan menikam lehernya, sebelum mayat dibawa ke bilik air untuk dikerat-kerat.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img