Bersatu namakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri Ke-11

TAN Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Ke-11 oleh Parti Bersatu melalui usul yang diluluskan secara sebulan suara di Perhimpunan Agung Tahunan 2025 parti di Shah Alam hari ini.

Keputusan Bersatu itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan dan turut memaklumkan perhimpunan itu juga menyokong Muhyiddin kekal Presiden.

“Perhimpunan Agung Tahunan itu turut bersetuju sebulat suara menyokong dan meluluskan usul ucapan dasar presiden. Perwakilan bertekad untuk terus bekerja kuat di lapangan dan meningkatkan kemahiran jentera pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditanya pada sidang media sama ada usul menyokongnya sebagai calon perdana menteri akan dibawa ke Perikatan Nasional (PN), beliau berkata sebarang kenyataan berhubung itu akan dikeluarkan setiausaha agungnya.

Dalam pada itu, Azmin berkata perhimpunan yang berlangsung dua hari itu berjaya dilaksanakan dengan 20 pembahas mengambil bahagian mewakili negeri, sayap, dan wakil mahasiswa.

Katanya, pembahas mengupas pelbagai isu termasuk kos sara hidup, ekonomi global serta serantau, perpaduan rakyat, dan isu politik semasa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img