Pembonceng motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan di Kuala Krai

SEORANG pembonceng maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva di Kilometer 89, Jalan Kota Bharu–Gua Musang berhampiran simpang Manek Urai Baru di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, lelaki berusia 27 tahun tersebut meninggal dunia ketika  menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP).

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati Perodua Viva berkenaan datang dari arah Kota Bharu dan mahu memasuki simpang sebelah kanan menghala ke Kampung Manek Urai.

“Motosikal yang dinaiki mangsa pula datang dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu. Setiba di lokasi, motosikal itu telah melanggar sisi hadapan sebelah kiri kereta yang datang dari arah bertentangan ketika sedang membelok ke kanan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan manakala penunggang motosikal itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Mazlan memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk proses bedah siasat dan,= kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan terperinci akan dijalankan oleh pihak polis. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis Trafik IPD Kuala Krai atau menghubungi talian 09-9666222,” katanya

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img