Bomba selamatkan pendaki pengsan di Gunung Stong, Dabong

PASUKAN bomba dan penyelamat menempuh laluan pendakian selama satu jam 30 minit untuk menyelamatkan seorang lelaki yang pengsan ketika mendaki Gunung Stong di Kem Baha, Dabong di Kuala Krai hari ini.

Mangsa yang berusia lingkungan 40-an difahamkan mendaki gunung berkenaan secara berkumpulan namun setibanya di Kem Baha, dia dikatakan tidak sedarkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Zaimi Samat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.29 petang.

Beliau berkata, sebaik sahaja menerima panggilan, lapan anggota dan pegawai dari BBP Dabong bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi bantuan menyelamat.

“Anggota penyelamat perlu berjalan kaki sejauh kira-kira 1.45 kilometer untuk tiba di lokasi yang mengambil masa selama satu jam 30 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zaimi, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pendaki terbabit sudah sedarkan diri serta berada dalam keadaan stabil.

Katanya, mangsa segera dibawa turun bagi mengelakkan operasi berlanjutan hingga waktu malam.

Beliau dalam pada itu meminta pendaki agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti pendakian dan rekreasi di kawasan pergunungan serta memaklumkan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img