Lelaki dan adik ditahan ugut bapa mentua guna pedang samurai, parang

POLIS menahan seorang lelaki dan adiknya kerana mengugut bapa mentuanya dengan pedang samurai dan parang di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Asli Merotai di Tawau, Sabah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua suspek datang ke rumah mangsa berusia 63 tahun sebelum bertindak mengamuk dan mengeluarkan ugutan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek utama yang juga menantu mangsa dilihat memegang pedang samurai, manakala adik lelakinya membawa parang.

Menurutnya, kejadian berpunca apabila isteri suspek utama ingin bermalam di rumah bapanya tetapi tidak dipersetujui suspek sebelum berlaku pertengkaran.

Jasmin berkata, susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan dan tindakan lanjut.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya menahan kedua-dua suspek kira-kira jam 12.10 tengah malam di hadapan sebuah rumah di Kampung Merotai Besar,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambah Jasmin, suspek utama berusia 39 tahun bekerja yang bekerja sebagai pemandu lori itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan ugutan dan kes pecah masuk manakala suspek kedua iaitu adiknya yang berusia 27 tahun tidak mempunyai rekod jenayah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img