JENAZAH pelakon Nadia Kesuma, dikebumikan di Jeddah selepas solat Subuh (Waktu Arab Saudi), kata suami Allahyarham Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah
“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan, dan diimamkan sendiri oleh saya.
“Alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33 am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44 am (10.44 pagi waktu Malaysia),” kata Muhammad Kamarul dalam hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
Muhammad Kamarul dan Sarah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi pada jam 5.35 petang semalam bagi menguruskan pengebumian Nadia di negara itu.
kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terjawab apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.


