Pemandu warga Thailand didakwa memandu secara berbahaya hingga sebabkan kematian gadis di Napoh

SEORANG pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret Jitra  atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di Napoh, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Yusof Senkonam, 60, memandangkan dia tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa memandu van jenis Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22, lapor Sinar Harian.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, di Jitra kira-kira pukul 10.30 malam, 15 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Februari depan bagi mendapatkan jurubahasa Thailand sementara tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah van yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh.

Kemalangan menyebabkan Fatin Nursyafikah dari Kampung Bukit Beruas di sini meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img