IJM sahkan kehadiran SPRM,LHDN

JM Corporation Bhd (IJM) telah mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hadir di pejabat syarikat itu hari ini untuk mendapatkan maklumat sebagai sebahagian daripada proses dijalankan mereka.

Syarikat pembinaan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata ia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

“IJM komited untuk mendukung piawaian tadbir urus korporat, ketelusan dan integriti yang kukuh.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pihak berkepentingan bahawa operasi perniagaan IJM berjalan seperti biasa. Syarikat akan terus memantau perkembangan dalam perkara ini dan akan membuat pendedahan apabila tiba masanya sekiranya terdapat sebarang kemas kini penting,” katanya.

Awal hari ini, dilaporkan SPRM kini sedang menumpukan siasatannya terhadap dakwaan membabitkan IJM berkaitan skim pengubahan wang haram yang didakwa bernilai RM2.5 bilion.

Laporan itu, memetik sumber dalaman berkata, ahli pengurusan kanan syarikat itu bergelar Tan Sri serta penasihat syarikat dikenal pasti sebagai orang paling penting bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img