‘Kamu sendiri tak beri manfaat kepada parti…bertanding pun kalah’ – Akmal tempelak pemimpin MCA

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak seorang pemimpin kanan MCA yang sebelum ini mendesak parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan ‘liabiliti terbesar’ parti komponen tersebut.

Menurut Muhamad Akmal, beliau sebaliknya mencadangkan agar Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng yang sepatutnya keluar parti jika MCA memutuskan untuk kekal dalam BN.

Dalam hantaran di Facebook, Akmal memberitahu Teik Cheng:

“Kalau rasa Pengerusi BN adalah liabiliti baik kamu cadangkan kepada MCA untuk keluar jer dari BN

Dan jika MCA tidak bersetuju, kamu sahaja yang keluar dari MCA

Baru cakap serupa bikin apek

Ni sembang tapi kamu sendiri pon tidak memberi manfaat kepada parti

Kamu bertanding pun kalah dengan majoriti besar, sembang kencang lah lu apek

Ni saya sertakan keputusan pilihanraya yang kamu bertanding, baru kamu boleh sedar siapa liabiliti yang sebenar

Kepada Presiden MCA Dato Seri Wee Ka Siong, tolong bagi cermin pada dia ya nanti.”

Hari ini Teik Cheng yang juga Ketua MCA Pulau Pinang mengkritik Ahmad Zahid kerana menarik balik kenyataannya mengenai kewujudan ‘Team B’ dalam DAP, yang menurutnya menunjukkan Presiden UMNO itu tidak layak terus menerajui BN.

Pada Perhimpunan Agung UMNO Sabtu lalu, Ahmad Zahid mendakwa pemimpin DAP yang menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhammad Akmal adalah sebahagian ‘Team B’ DAP, yang memberi gambaran wujudnya puak dalam parti berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kemudian menafikan perkara tersebut dan menyatakan hanya ada satu sahaja ‘Team DAP’.

Ditanya mengenai penafian Anthony, Ahmad Zahid berkata, beliau sedia menarik balik kenyataannya dan tidak berniat membayangkan wujudnya kem tertentu dalam DAP.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img