Prasekolah bermula lima tahun, darjah satu umur 6 tahun mulai 2027

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mulai 2027, murid prasekolah terdiri daripada kanak-kanak berusia lima tahun manakala murid darjah satu adalah mereka yang berusia enam tahun.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, perubahan itu  masih belum diwajibkan kepada ibu bapa, bagi memberi ruang kepada pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baru pendidikan, khususnya warga pendidik.

“Maknanya mulai tahun depan, kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang rasa anak-anaknya belum bersedia, kita tetapkan masih boleh masuk Tahun Satu  tujuh tahun.

“Tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang, supaya anak-anak umur lima tahun masuk prasekolah. Prasekolah sekarang ini kita beri tumpuan, seluruh sistem prasekolah itu kita sudah minta Kementerian Pendidikan (KPM) ambil alih dan selaraskan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika  berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035  di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anwar berkata, persiapan segera perlu dilakukan KPM dalam menerima perubahan kepada sistem baru pendidikan negara.

“Sebab itu saya arah mulai sekarang hal yang diumumkan itu tindakan cepat dan segera oleh kementerian dan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi untuk pastikan kemudahan asas itu ditambah.

“Kalau tanya unjuran KPM semua 2029, 2030. Jadi saya kata bagus, cuma kerana saya yakin dengan keupayaan kedua-dua kementerian ini, semua kita akan percepatkan. Semua ‘fast track’ kerana negara ini mampu menjadi negara yang berjaya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img