Leftenan Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri dilantik Ketua Staf Markas ATM yang baharu, Datuk Mohamad Suria jadi Timbalan PTD

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf Markas ATM yang baharu.

MINDEF dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Jan telah memperkenan pelantikan pegawai-pegawai kanan berkenaan bagi mengisi beberapa jawatan utama ATM, selepas menimbang syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-632 yang bersidang pada 7 Jan lepas.

Mejar Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral.

“Selain itu, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama manakala Mejar Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat yang baharu.

“Leftenan Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin (TUDM) pula dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS dengan kesemua pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Jan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan MINDEF itu memaklumkan bahawa integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang bersih merupakan teras utama kepimpinan ATM serta ekosistem pertahanan negara.

“Kepimpinan utama ATM bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi, malah memikul amanah untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara, tanpa kompromi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img