Polis Thailand mohon kerjasama Malaysia kesan Luna, wanita dua kerakyatan disyaki tokan dadah

POLIS Thailand memohon kerjasama pihak berkuasa Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan seorang wanita rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi tokan dadah dan disyaki melarikan diri ke Thailand, susulan rampasan ganja bernilai RM1.82 juta oleh polis Malaysia, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Thun Sirikhunt berkata, pihaknya setakat ini gagal mengesan suspek dikenali sebagai Luna, berusia lingkungan 30-an walaupun usaha pencarian telah dijalankan.

Bercakap kepada media Malaysia hari ini menerusi penterjemah tempatan, beliau berkata, pihaknya telah memohon maklumat lanjut daripada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan dan usaha mengesan suspek.

“Maklumat awal yang diperoleh mendapati wanita berkenaan dipercayai mempunyai dua kerakyatan. Usaha pencarian telah dijalankan di sekitar pekan Sungai Golok, namun sehingga kini pihak kami masih belum menerima sebarang maklumat baharu atau berjaya mengesan suspek,” katanya, lapor Bernama.

Pada 11 Januari lalu, media melaporkan polis telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Kelantan dengan penahanan tiga lelaki tempatan serta rampasan 52 kilogram bunga ganja bernilai RM1.82 juta dalam dua siri serbuan di Kuala Krai pada 3 Januari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, sindiket yang aktif sejak September 2024 itu, dipercayai didalangi seorang wanita berusia lingkungan 30-an dari negara jiran dan disyaki mempunyai dwikerakyatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img