Pelajar IPT kerugian hampir RM60,000, wang simpanan ditipu sindiket panggilan palsu

SEORANG penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) kerugian hampir RM60,000 apabila semua wang simpanannya itu lesap ditipu sindiket panggilan palsu.

Mangsa yang berusia 24 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada jam 10.08 malam tadi berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian bermula pada 27 November lalu apabila mangsa dihubungi pemanggil yang mengaku kononnya daripada pihak Cybersecurity.

Menurutnya, pemanggil itu memaklumkan kononnya mangsa terbabit dalam penyebaran pautan palsu dan meminta mangsa membuat laporan polis sebagai penafian perbuatan berkenaan.

Beliau berkata, sindiket yang menyamar sebagai polis itu juga memaklumkan kononnya mangsa terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram dan meminta mangsa memberi kerjasama dalam siasatan.

“Bagi tujuan siasatan mangsa diminta untuk mengosongkan akaun bank miliknya dan memasukkan wang ke dalam akaun sementara yang diberi oleh pihak sindiket.

“Mangsa kemudian memindahkan wangnya ke dua akaun berbeza berjumlah RM59,400 antara 2 hingga 9 Disember lalu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa juga diminta untuk untuk melaporkan diri kepada pihak berkenaan setiap hari.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas tidak dapat berhubung dengan sindiket berkenaan di samping wangnya juga lesap akibat kejadian itu,” katanya.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala sumber kewangan adalah wang simpanan hasil tabungan daripada ibu bapa mangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img