Enam rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jitra

ENAM buah rumah kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam, di Jitra petang ini.

Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 3.29 petang.

Beliau berkata, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di lokasi tidak lama kemudian sebelum memadam kebakaran dengan bantuan 40 anggota dari sembilan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kebakaran membabitkan enam rumah kedai berlainan kelas dan anggaran kemusnahan adalah 80 peratus, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Aminuddin, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal pada jam 5.04 petang.

Katanya, setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img