Lelaki maut motosikal bertembung lori di Kota Tinggi

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 35, Jalan Lok Heng–Mawai di Kota Tinggi hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.24 tengah hari itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR serta sebuah lori Isuzu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun, terbabas ke laluan bertentangan.

“Motosikal itu kemudian bertembung dengan lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi. Pemandu lori pula tidak cedera,” katanya.

Yusof memberitahu, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, individu boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun, didenda antara RM20,000 hingga RM50,000, serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama ketika berada di jalan raya,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img