Pemandu wanita tertekan pedal minyak rempuh ibu, dua anak

SEORANG wanita tersalah tekan pedal minyak menyebabkan kereta Perodua Myvi dipandunya merempuh saudaranya sendiri iaitu seorang ibu dan dua anaknya di Dataran Pasir Gudang di Pasir Gudang, Johor kelmarin.

Kereta dipandu wanita itu dikatakan melanggar wanita berusia 25 tahun bersama dua anak perempuannya berusia empat dan tujuh tahun.

LOKASI kejadian seorang pemandu wanita tertekan pedal minyak dan merempuh saudaranya sendiri iaitu seorang ibu dan dua anak perempuan di Dataran Pasir Gudang, kelmarin. GAMBAR: IPD Seri Alam

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.45 malam.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berada di hadapan kereta berkenaan sebelum seorang wanita berusia 28 tahun yang merupakan saudara kepada mangsa telah menghidupkan enjin kereta.

“Wanita itu secara tidak sengaja telah tertekan pedal minyak menyebabkan kereta itu bergerak ke hadapan dan terlanggar mangsa,” katanya.

Menurut Mohd Sohaimi, berikutan kemalangan tersebut, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun katanya, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama setelah dirawat.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img