Lelaki rentung, van dipandu terbakar nahas empat kenderaan

SEORANG lelaki rentung selepas van dipandunya musnah dalam kebakaran akibat kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kampung Batu 40 Lempur, Manong di Kuala Kangsar petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun rentung selepas terperangkap dalam van dipandunya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar pada jam 3.16 petang memaklumkan mengenai nahas melibatkan empat kenderaan.

“Turut berada dalam van itu, remaja lelaki berusia 16 dan wanita 19 tahun, bagaimanapun kedua-duanya terselamat dan dikeluarkan oleh orang awam,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Ahmad Izuwan, kemalangan melibatkan van Nissan Vanette dipandu mangsa, sebuah lori satu tan, kereta Honda Civic dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish.

Katanya, seramai 15 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Operasi memadam kebakaran segera dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula bekalan air bersumberkan tangki jentera sehingga kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 5.55 petang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img