[TIDAK RASMI] BN kekal di Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

BARISAN Nasional (BN) mencatatkan kemenangan tidak rasmi di kedua-dua kawasan Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mohd Kurniawan Naim Moktar menang dengan majoriti 14,214 undi, selepas semua 119 saluran pengundian dikira.

Sementara itu, Mohd Ismail Ayob daripada BN juga memperoleh kemenangan tidak rasmi di kerusi DUN Lamag dengan majoriti 5,681 undi daripada 32 saluran.

Dr Asyraf Wajdi turut berkongsi perkembangan pilihan raya itu di Facebook rasminya.

Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Seri Bung Moktar pada 5 Disember tahun lalu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img