Guru kerugian lebih RM140,000 ditipu sindiket menyamar pegawai NSRC

SEORANG guru wanita kerugian sebanyak RM144,152 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) pada November lalu.

Mangsa yang berusia 56 tahun dihubungi seorang lelaki yang mendakwa beliau terlibat dalam penyebaran pautan bantuan kerajaan palsu dan pengubahan wang haram pada 17 November lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan kad ATM dan nombor pin kononnya untuk tujuan siasatan pihak polis.

“Pada 4 Disember lalu, suspek menghubungi mangsa sekali lagi dan mengarahkannya supaya meletakkan kad ATM di papan tanda di kawasan belakang sekolah.

“Mangsa yang panik mengikuti arahan suspek tanpa usul periksa kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata, mangsa bagaimanapun menyedari ditipu setelah mendapati wang simpanannya berjumlah RM144,452 telah hilang dan selepas diperiksa, didapati berlaku lima kali pengeluaran oleh individu tidak dikenali dari tempoh 4 hingga 8 Disember lepas.

Berikutan itu, katanya, mangsa membuat laporan polis pada jam 6.14 petang Rabu lalu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img