BN pertahan DUN Lamag, perkukuh majoriti

BARISAN Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas calonnya, Ismail Ayob, memperoleh 5,681 majoriti undi untuk menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag sebentar tadi.

Pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan Ismail, atau lebih dikenali dengan nama Miha, mendapat 7,269 undi manakala Mazliwati memperoleh 1,588 undi.

PRK DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember lalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada November lepas, Allahyarham Bung Moktar mempertahankan DUN Lamag untuk penggal kedua selepas memenangi saingan lima penjuru dengan majoriti 153 undi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img