Bekas guru tahfiz mengaku tidak bersalah cederakan murid

SEORANG bekas guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim hari ini atas kesalahan mencederakan murid, dalam kejadian tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Abdullah Abu Bakar, 26, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah, menurut Sinar Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang murid lelaki berumur 11 tahun ketika kejadian, di asrama, lebih kurang pukul 10 malam, 29 September lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh satu tahun atau denda boleh sampai atau RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya R Jayasri menawarkan jaminan RM8,000 namun peguam mewakili tertuduh dari firma Hisham Yunus & Co memohon jumlah itu dikurangnya dengan alasan tiada pendapatan selepas diberhentikan kerja.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,000 dengan syarat tambahan agar tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sebutan kes ditetapkan pada 3 Mac depan.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berhubung satu video tular memaparkan seorang pelajar tahfiz dirotan.

Mangsa dikatakan baharu berdaftar masuk ke pusat tahfiz berkenaan kira-kira tujuh bulan lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img