Lelaki didakwa cuba bunuh anak kandung

SEORANG bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan cuba membunuh anak kandungnya berusia tiga tahun, pertengahan bulan ini.

Mohamad Hairei Huzairiey Hazmi, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh sehingga ingin menyebabkan kecederaan kepada anaknya Nur Helana Haura kira-kira jam 7 pagi, 14 Januari lepas di sebuah rumah di Jalan Pak Mayong berhampiran Pangkalan Maritim Tok Bali, Pasir Puteh.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan, lapor Sinar Harian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.

Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan namun peguam bela memohon jaminan dengan alasan anak guamnya akan tinggal bersama kakaknya di Kemaman, Terengganu serta tidak mempunyai rekod psikiatri dan jenayah.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Memetik laporan media, polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok Bali, Pasir Puteh, pada 14 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria dilaporkan berkata, suspek membawa mangsa ke tepi jeti dan dipercayai memegang serpihan botol kaca pecah, sebelum mengugut mahu membunuh anaknya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img