Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

SYARIKAT pengeluar produk makanan dalam tin berkualiti tinggi, Ayam Brand meneruskan komitmen jangka panjangnya terhadap komuniti Malaysia menerusi penganjuran peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand yang diadakan tahun lalu.

Peraduan itu adalah satu daripada kempen pengguna yang diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah membesar bersama jenama ini.

Bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2025, peraduan ini dianjurkan untuk Ayam Brand meraikan detik-detik bermakna dalam kehidupan seharian yang dikongsi bersama melalui hidangan masakan di rumah.

Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, peraduan ini juga bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati makanan yang berkhasiat dan berkualiti sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian mereka.

“Inisiatif ini mencerminkan kepercayaan Ayam Brand dalam memberi kembali kepada komuniti yang telah menyokong jenama ini, sambil memperkukuh penglibatan dan keakraban pengguna di seluruh negara.

“Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai lebih RM300,000, kempen ini membawa keterujaan tambahan kepada pengalaman membeli-belah dan memasak seharian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wei Ling, kemuncak peraduan kempen ini adalah penyampaian hadiah utama berupa sebuah Proton e.Mas 7 bernilai RM120,000 yang diserahkan secara rasmi dalam majlis penyampaian hadiah pada 19 Januari lalu.

Katanya, kenderaan tersebut diterima oleh wakil yang dilantik bagi pihak pemenang.

Selain hadiah utama, kempen ini turut menawarkan hadiah tujuh pakej pelancongan bernilai RM10,000 setiap satu, 10 hadiah wang tunai bernilai RM5,000, 360 kredit e-wallet mingguan bernilai RM50, serta 20 baucar petrol bernilai RM200.

“Pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian, sekali gus memperkukuhkan usaha Ayam Brand untuk bersama rakyat negara ini,” katanya lagi.

Melalui pendekatan yang mudah diakses dan berteraskan pengguna, beliau berkata, peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand berjaya mengeratkan hubungan kekeluargaan rakyat Malaysia.

“Sambutan yang diterima dalam peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand amat menggalakkan. Ayam Brand amat berterima kasih atas sambutan luar biasa daripada para pengguna,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img