Bayi lelaki enam bulan meninggal dunia di rumah di Pulau Pinang

SEORANG bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah flat di Air Itam, Pulau Pinang hari ini oleh ibu bapanya yang merupakan warga asing sebelum disahkan meninggal dunia.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 8.55 pagi, dan siasatan awal mendapati bayi tersebut ditemukan di atas katil di bilik tidur oleh ibu bapanya kira-kira jam 7 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pemeriksaan pada badan bayi itu tidak menemukan sebarang kesan jenayah selain polis dimaklumkan bayi itu mempunyai sejarah masalah kesihatan di bahagian paru-paru.

“Hasil bedah siasat oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan di badan bayi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Swee Sake berkata, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan satu laporan dibuka untuk siasatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img