SPRM Pahang bekerjasama dengan kerajaan negeri perkukuh perkhidmatan awam berintegriti, bebas rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti dan bebas rasuah.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud berkata, komitmen itu selari dengan kepentingan penghayatan prinsip Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) sebagai panduan utama dalam membentuk budaya kerja berintegriti dan berakauntabiliti.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Pejabat Menteri Besar Pahang, di Kuantan semalam.

 Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bergambar bersama Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud yang membuat kunjungan hormat ke atas beliau di Kuantan semalam.

Kunjungan hormat bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pahang dan SPRM khususnya dalam aspek tadbir urus, integriti serta usaha pencegahan rasuah selaras dengan aspirasi Keep Malaysia Clean (KMC) dan pelaksanaan NACS 2024 – 2028.

Dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa berkaitan pengukuhan integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri, pematuhan kepada prinsip ketelusan serta usaha berterusan membudayakan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.

Sementara itu, Wan Rosdy  turut menzahirkan penghargaan atas peranan dan komitmen SPRM dalam memastikan pentadbiran kerajaan sentiasa berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh inisiatif pencegahan rasuah termasuk program kesedaran awam dan pelaksanaan inisiatif di bawah agenda “Keep Malaysia Clean” serta NACS di peringkat negeri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img