Kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia tertinggal dalam kereta selama 9 jam oleh ibunya

SEORANG  kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta ibunya selama sembilan jam di Jalan Tunku Hassan di Seremban.

Wanita berusia 35 tahun itu yang bekerja di sebuah bank di kawasan terbabit hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta sebaik mahu pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Azahar Abdul Rahim berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam jam 6.15 petang.

“Hasil siasatan awal polis mendapati, mangsa didapati tidak sedarkan diri di kereta jenis Proton Saga.

“Mangsa dipercayai ditinggalkan sejak jam 8 pagi yang mana ibu mangsa terlupa untuk menghantarnya ke rumah pengasuh,” katanya dalam kenyataan.

Azahar berkata, perkara itu hanya disedari ibunya jam 5 petang setelah selesai waktu bekerja dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Jaafar .

Ujar beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada polis IPD Seremban di talian 06-6033222,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img