Tiada kecederaan pada tubuh kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

TIADA  sebarang kecederaan pada tubuh badan mahupun organ dalaman ditemukan hasil bedah siasat kanak-kanak berusia dua tahun yang maut selepas dipercayai tertinggal di dalam sebuah kereta di Seremban semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata, bedah siasat dijalankan hampir lima jam bermula 2.30 petang di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau.

“Punca kematian diklasifikasikan sebagai ‘undetermined’ (belum dapat ditentukan) setakat ini,” katanya, lapor Bernama.

Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, tambahnya.

Dalam pada itu, Alzafny berkata, ibu kanak-kanak itu, yang ditahan semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan wanita berusia 35 tahun itu akan dipanggil semula untuk membantu siasatan jika perlu.

Dilaporkan semalam kanak-kanak lelaki itu ditemukan maut di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Jalan Tunku Hassan, dipercayai ditinggalkan oleh ibunya yang bertugas di sebuah bank berhampiran sejak 8 pagi.

Kejadian hanya disedari selepas wanita itu selesai bekerja pada 5 petang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img