Pekerja ladang sawit didenda RM8,000 simpan 112 mercun, bunga api di Temerloh

PEKERJA ladang sawit didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Temerloh hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan dan memiliki 112 pelbagai jenis mercun dan bunga api, Khamis lepas.

Tertuduh, Lim Siong Ling, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar, yang turut memerintahkan lelaki terbabit dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Lim didakwa memiliki 112 pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa tujuan yang sah mengikut undang-undang di sebuah bangunan di Jalan Highway Triang di sini, kira-kira 5 petang, 22 Januari lepas, lapor Bernama.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Sarah Aqilah Lokman memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kesalahan serta faktor keselamatan awam.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Gilbert Lim Sze Min merayu hukuman ringan dengan alasan Lim merupakan penanggung tunggal keluarga dan bertanggungjawab menjaga isteri, lima anak berusia antara dua hingga lima tahun serta ibu yang bergantung kepadanya.

Pada 26 Januari lepas, media melaporkan polis menahan seorang lelaki dan merampas 112 pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM400,000 dalam serbuan di sebuah bangunan di Jalan Highway Triang di sini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img