JPJ Kedah tahan lori uzur, pemandu tiada lesen sah

TINDAKAN berani seorang lelaki memandu lori uzur tanpa lampu sejauh 35 kilometer mengundang pada apabila dicekup pihak berkuasa di Kilometer 3, Jalan Karangan-Padang Meha, Kuala Ketil, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam berkata, dalam operasi pukul 12.05 tengah malam itu, lori jenis D Control itu dikesan dalam keadaan uzur dan tidak selamat untuk berada di atas jalan raya.

Beliau berkata, Lesen Kenderaan Motor (LKM) lori berkenaan sudah tamat tempoh sejak Februari tahun 2012, selain tiada perlindungan insurans yang sah sejak Januari 2013.

“Sijil pemeriksaan PUSPAKOM juga didapati tamat tempoh sejak Jun 2012. Selain itu, pemandu berusia 25 tahun itu juga gagal mengemukakan lesen memandu kelas Commercial Driving Licence (Lesen Memandu Kompeten – CDL) dan Goods Driving Licence (Lesen Memandu Kenderaan Barangan – GDL) yang sah.

“Pemeriksaan teknikal turut mendedahkan pelbagai kesalahan serius termasuk kegagalan lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat, selain keadaan dinding badan lori yang uzur serta sistem brek yang tidak diselenggara, ” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Stien berkata, susulan itu, lori berkenaan disita dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kenderaan perdagangan yang mengingkari undang-undang serta mengabaikan aspek keselamatan, demi melindungi nyawa pengguna jalan raya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img