Kanak-kanak enam tahun maut lemas dalam air panas

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dipercayai akibat lemas di kolam air panas, dalam kejadian di Alor Gajah, Melaka semalam.

Mangsa sebelum itu dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya sebelum ditemui dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri oleh orang awam, kira-kira 7.40 malam.

Sumber berkata, kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pasukan Rakan Komuniti (Parakom) selepas mangsa dilihat berada dalam kolam dewasa.

“Pasukan yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa ke tempat selamat sebelum memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

“Pasukan perubatan Hospital Alor Gajah yang tiba kemudian membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut. Namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada jam 8.24 malam,” katanya lapor Harian Metro.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagimengenal pasti punca sebenar kematian.

Ketua Polis Alor Gajah Ahmad Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) IPK Melaka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img