Warga emas maut dirempuh kereta ketika ke surau

SEORANG warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Maghrib di Kilometer 57, Jalan Klang-Teluk Intan, Simpang Lima, Sungai Besar, Sabak Bernam, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa berusia 71 tahun yang bekerja kampung dan dalam perjalanan ke surau Pekan Simpang Lima, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, nahas membabitkan kereta Nissan Sentra dipandu lelaki berusia 29 tahun dan motosikal Yamaha Lagenda ditunggang mangsa.

“Pemandu Nissan Sentra dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa yang ketika itu berada di bahu jalan.

“Mangsa parah di kepala, tangan kanan dan kaki kanan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.

Md Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img