Polis tumpas sindiket vape mengandungi dadah bernilai RM1.19 juta

Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran katrij cecair vape mengandungi dadah selepas menahan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura dalam serbuan pada 29 Januari lalu.

Hasil serbuan terhadap sindiket tersebut dipercayai aktif sejak Disember lalu membawa kepada sitaan keseluruhan bernilai RM1.19 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sindiket mengedarkan dadah di drop point termasuk kawasan perumahan dan pusat hiburan, dengan setiap katrij dijual pada harga RM300.

Beliau berkata, lelaki warga Singapura berusia 38 tahun yang ditahan berperanan sebagai akauntan, manakala seorang lagi berusia 25 selaku runner yang mengendalikan penghantaran.

“Rampasan membabitkan 3,200 katrij vape berisi dadah serta serbuk dadah bernilai RM974,400 dengan pelanggan mereka terdiri pelbagai lapisan khususnya pengunjung kelab malam,” katanya pada sidang media hari ini, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, dadah dirampas dipercayai boleh dijadikan bekalan kepada 6,400 penagih.

“Dalam serbuan sama, polis merampas sebuah kereta jenis Toyota Cross serta wang tunai sejumlah RM136,850.

“Dua suspek kini direman tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img