Alasan nak mandi, duda dan janda dicekup berkhalwat di hotel

PASANGAN duda dan janda sanggup ‘makan angin’ dari Kota Tinggi ke Ulu Tiram, Johor Bahru untuk menginap dalam bilik sebuah hotel sebelum akhirnya ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana berkhalwat.

Lelaki yang berusia 50-an dan sudah lima tahun menduda ditangkap berkhalwat dengan wanita yang juga janda berusia 30-an ketika anggota penguat kuasa JAINJ itu membuat pemeriksaan di beberapa hotel di Ulu Tiram, semalam.

Dalam pemeriksaan antara pukul 11 malam hingga 2 pagi, mereka menemukan pasangan bukan suami isteri itu kira-kira pukul 1 pagi.

Menurut JAINJ dalam satu kenyataan, sebaik tiba di bilik hotel pasangan berkenaan, pintu diketuk, tetapi tidak dibuka walaupun ketika itu pendingin hawa terpasang disyaki ada orang di dalamnya.

“Selepas lapan minit, pintu dibuka oleh seorang lelaki yang hanya berseluar panjang dan tidak berbaju yang bertanya siapa kami.

“Penguat kuasa terus menolak pintu bilik dan memperkenalkan diri seterusnya masuk untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati pintu tandas tertutup dan berkunci dari dalam.

“Ketika ditanya pada lelaki itu siapa di dalam tandas, dia seolah-olah ketakutan dan penguat kuasa terus mengetuk pintu tandas dan seorang wanita menyahut dari dalam tandas,” katanya lapor Harian Metro.

JAINJ berkata, selepas pintu tandas dibuka separuh, wanita itu minta dihulurkan tuala dan apabila penguat kuasa wanita memeriksa di dalam tandas mendapati wanita itu hanya memakai tuala yang dihulurkan.

“Hasil soal siasat, pasangan ini mengaku bukan suami isteri. Kedua-duanya bekerja di Kota Tinggi.

“Pada hari kejadian, lelaki itu menjemput wanita pulang kerja pada pukul 10 malam dan pergi makan. Mereka menaiki kereta lelaki dari Kota Tinggi dan seterusnya masuk ke bilik hotel dalam pukul 12.30 tengah malam.

“Apabila ditanya tujuan mereka menginap di hotel, mereka kata untuk mandi selepas mereka berjalan berdua,” jelasnya.

Katanya, pasangan itu mendakwa sudah berkenalan lebih setahun sejak mula kenal di tempat kerja wanita, namun apabila ditanya adakah mereka hendak bernikah, lelaki itu memaklumkan mereka hanya berkawan dan belum ada hasrat hendak bernikah.

Pasangan itu kemudian ditahan kerana berkhalwat mengikut Seksyen 27(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img