Kilang perabot di Sea Park musnah dalam kebakaran

SEBUAH kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan 20/1, Sea Park di Petaling Jaya petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 petang.

GAMBAR: JBPM Selangor

Beliau berkata, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.

“Operasi pemadaman melibatkan sebuah kilang perabot dengan anggaran keluasan kira-kira 100 x 50 kaki persegi (464.515 meter persegi).

“Ketika anggota tiba, kebakaran sedang marak dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada merebak ke premis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi turut dibantu anggota dari BBP Petaling Jaya, Jalan Penchala, Puchong dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Katanya, seramai 34 anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan aset melibatkan empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Water Tanker, sebuah Aerial Ladder Platform (ALP) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Sehingga kini, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan pihak bomba sedang memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula. Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Menurut Ahmad Mukhlis, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img